Thursday, January 31, 2019

Produk Kami

     Anums  Bakery & Cake mengeluarkan pelbagai jenis produk reroti, kek, pastry, dessert, puding, kuih muih moden dan tradisional, biskut raya, kuih muih sejuk beku, kambing perap, daging pekasam hinggalah kepada perkhidmatan katering dalam skala yang kecil iaitu di bawah 100 orang. Kami juga boleh menyediakan perkhidmatan kelas bakeri, kek dan kulinari sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan. 

                                                                   
     Antara produk kami yang popular ialah pelbagai jenis Kek

  • Perkahwinan dan Kek Pertunangan yang paling popular seperti Korean Buttercream, 
  • Pelbagai Variasi Kek Coklat seperti Kek Coklat Moist, Kek Chocolate Indulgence, Devil Chocolate Cake, Chocolate Trufflecake, Chocolate Almond Cake, Chocolate Hazelnut Layer Cake, German Chocolate Cake, 
  • Kek Kontemporari seperti Kek Pandan Gula Melaka, Kek Teh Tarik, Butterscotch Cake, Lychee Cake, Fruit Flan Cake, Charcoal Cake
  • Kek Kontinental seperti Red Velvet, Kek Carrot, Kek Blueberry Fantasy, Rainbow Cake, Chocolate Fudge Cake,  Kek Tiramisu, Coconut Raspberry Lemon Cake, Mangomisu Cake, Blueberry Crumble Layercake
  • Kek Keju seperti Cotton Cheese Cake, Basque Burnt Cheesecake, Durian Cotton Cheesecake, Mango Lime Cheesecake, Pumpkin Cotton Cheesecake, Purple Yam Sponge Cheesecake,Hokkaido Fromage Cheesecake dan Cheesy Flan.

                                                                         Kek Red Velvet

             Selain daripada kek, Anums Bakery & Cake mengeluarkan pelbagai jenis roti. Roti paling popular dan mendapat sambutan sekarang ini ialah Chicken Floss Bun, Chicken Floss Almond, Chicken Floss Chive, Chicken Floss Mexico Chive, Chicken Floss Sosej. Selain itu terdapat pelbagai roti yag unik,sedap ,lembut dan gebu yang lain iaitu Cranberries Bun, Bavarian Cream Bun, Cococnut Custard Bun, Apple Cocoa Rolls, Apricot Cream Cheese dan lain-lain.

                                                                           

Roti Chicken Floss

Friday, November 30, 2018

Anum's Bakery & Cake Sejak 2001

“MENCARI HALAL ADALAH SATU KEFARDHUAN”
'Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah)..........”  Maksud Hadis.


·       


Tentang Kami

Anum’s® Bakery and Cake Enterprise merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk  makanan Halal seperti roti, kek, produk sejuk beku, halal mooncake, pastry, biskut, dessert, pudding dan menerima tempahan Nasi Arab dan Nasi Dagang untuk majlis pertunangan, kesyukuran, aqiqah dan harijadi 
(Katering dalam skala yang terhad). Syarikat  ditubuhkan  sejak  tahun 2001 didaftarkan dengan SSM atas nama pertamanya Hanum Enterprise,  kemudiannya pada bulan Julai 2006, di kenali sebagai Multi Zillion Enterprise. Syarikat milikan tunggal ini dimiliki oleh  Puan Zakiah Hanum Bt. Ab.  Ghani yang  mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang luas di dalam bidang pengeluaran makanan sejuk beku (froozen food) seperti pau,donat kentang, samosa, popia, karipap,roti canai dan juga dalam  pemprosesan hasilan daging seperti daging burger, nugget, dan sosej Selain dari produk sejuk beku, Pn. Anum banyak menimba ilmu pengetahuan melalui pelbagai kursus  dan memiliki sijil dalam bidang penghasilan roti, kek, pastri, biskut, dessert,  pudding,  penghasilan produk kelapa iaitu nata de coco dan kulinari (masakan).

Anum’s® Bakery and Cake Enterprise telah memilih anum’s® sebagai jenama (brand) produk. Jenama anum’s® telah pun mendapat hak cap dagangan atau Trade Mark  di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 02 Julai 2007. Langkah ini bagi memastikan syarikat dapat mengukuhkan jenama dan bersaing dengan produk-produk  yang sudah established di pasaran.



Sejarah Ringkas

Produk jenama anum’s® bermula di dapur.

Pada peringkat awal kami menceburi bidang perniagaan penyajian makanan (catering). Memandangkan bidang pengeluaran dan pemprosesan makanan mempunyai prospek yang cerah maka mulai  tahun 2001 kami mengeluarkan produk sejuk beku yang terdiri daripada beberapa jenis kuih muih. Bagi memastikan produk boleh bersaing dipasaran kami sentiasa membuat pembaharuan dan peningkatan kualiti, hasilnya kami berjaya mengeluarkan karipap daging,ayam ,sardin dan donut kentang yang mendapat sambutan amat menggalakkan.

Pada  tahun 2007  kami berpindah ke sebuah bengkel pengeluaran yang kecil  dengan lima  pembantu.  Pada tahun 2008 kami mula  mempelbagaikan produk keluaran kami seperti  produk sejuk beku, kek dan pastri. Kami bercita-cita untuk meningkatkan lagi jumlah pengeluaran dan telah bersedia untuk  bersaing dengan pengeluar yang sudah stabil dan telah  lama menceburi bidang ini. 

Bermula 2011  anum’s® telah menyewa satu unit rumah kedai di Pekan Jelawat  dan menjadikan produk roti sebagai produk utama di samping pelbagai produk bermutu yang lain seperti kek, pastri, dessert, biskut, puding  dan pelbagai jenis kuih muih. Selain produk makanan  Anum’s® Bakery and Cake Enterprise juga menawarkan perkhidmatan kelas-kelas penghasilan reroti, kek, pastri, dessert, biskut,kuih muih  dan kelas kulinari. 





Pencapaian

Pada tahun 2006 kami telah ditawarkan untuk menjadi peserta Program "Groom Big"  Peningkatan Kualiti Makanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi  (MECD) -  SIRIM Berhad. Melalui program ini jenama  anum’s® telah didaftarkan (Trade Mark)  oleh pihak SIRIM BERHAD iaitu Juruperunding Program “Groom Big” Peningkatan Kualiti Makanan MECD-SIRIM. 

Pada tahun 2007-2008   telah terpilih  untuk  menyertai  Porgram “Pemerkasaan  Keusahawanan  Wanita” , Kerjasama United Nation Development Program (UNDP-PBB) - Minister of Cooperative and Enterpreneur Development   (MECD) -  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Melalui program ini pihak UNDP-MECD-DPMM telah menyediakan pelbagai kursus pemasaran, pengurusan perniagaan dan kursus masakan.

Februari 2008 diberi kepercayaan dan  ditawarkan untuk menjadi Vendor bagi program Halal Park di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Anum’s® Bakery and Cake Enterprise menolak tawaran tersebut kerana lebih selesa berniaga tanpa terikat dengan sebarang kontrak dengan mana-mana pihak.


Pada tahun 2011 berjaya mendapatkan kontrak membekalkan produk reroti kepada Pasaraya Koperasi Warga Hospital Universiti Sains Malaysia Sdn. Bhd. Kubang Kerian atau di kenali sebagai Koop HUSM. Kontrak yang diperolehi sebagai pembekal sehingga tahun 2016, pada tahun 2017 berikutan masalah kenaikan harga bahan mentah dan pembekal yang terlalu ramai, maka Anums Bakery & Cake tidak memohon lanjutan untuk membekalkan roti kepada Koop HUSM Sdn Bhd.


Pada tahun 2015 pula Anums Bakery & Cake telah memperolehi satu lagi kontrak perbekalan iaitu kepada Kedai Runcit HOSPISMART Shoppe, iaitu satu rankaian runcit di Hospital Kerajaan yang dimiliki oleh Antop Sdn. Bhd. Kontrak ini juga tidak disambung oleh pihak kami kerana jarak dan kos pengangkutan. 


Anum’s® Bakery and Cake Enterprise
Lot 5151, Kg Rekang (Pinggiran UMK Bachok),
16310 Bachok, Kelantan.
H/P: 014 529 8987
         011 1949 5607
e-mail:anumsdelight@yahoo.com
Facebook: www.facebook.com/AnumsBakery

Produk Kami

     Anums  Bakery & Cake mengeluarkan pelbagai jenis produk reroti, kek, pastry, dessert, puding, kuih muih moden dan tradisional, bis...

VISITORS